
ANTARA TANGGUNGJAWAB DAN KERJAYA..
“Azwa, nanti nak amik pakar apa bila dah habis belajar nanti?” tanya sahabat baiknya, Lin. “Em.. insyaAllah, azwa nak amik O&G(obstetric and gynaecology= sakit puan)”kata Azwa yang juga merupakan pelajar perubatan universiti tempatan.
“Alhamdulillah, meramaikan doktor Islam, insyaAllah. Saya nak ambil PCM (primary care medicine) then nak jadi GP(general practitioner, buka clinic sendiri)”tambah Lin.
“Eh, kenapa tak nak ambil O&G, kan wajib atas semua doctor perempuan” kata Azwa yang agak sedikit ragu-ragu.
“Kat clinic pun ada juga pesakit perempuan, antenatal checkup, pap smear examination,etc.. kan doktor perempuan juga diperlukan.”jelas Lin. Tambahnya lagi,”lagipun kat sini la kita nak buat health promotion, dalam erti kata lain berdakwah. Bukan ke kerjaya sebagai doktor adalah kerjaya yang paling masyarakat percayai “ katanya sambil mengulas ceramah Dr Suraya ketika di suatu program.
”Dan…masa dengan keluarga pun lebih banyak” sambung Azwa dengan niat sengaja mengusik Lin. Lin hanya tersipu-sipu malu sambil mengiyakannya.
‘Apa pendapat awak tentang Dr2 O&G? maklumlah, ramai orang expect especially golongan muslim, sampai kata wajib ke atas semua doctor perempuan amik O&G. tapi bila nak mencari, da pulak yang sampai nasihatkan kawan dia jangan amik zaujah/isteri doctor nanti menyesal… macam mana tu?? Ni belum ambil pakar O&G, if dah amik pakar, I can’t imagine”kata Azwa seolah-olah meluahkan perasaan dan dilemma majority muslimah doktor.
“ Mana taknya, ada seorang tu sampaikan boleh bercerai berai, if dapat pasangan yang xmemahami. Oncall orang nak beranak bukan ada waktu yang tetap, if nak keluar, keluar juga, tambahan pula melibatkan 2 nyawa. Bukan senang nak dapat suami macam Ust Hasrizal(yang sememangnya kriteri yang di idamkan majority kawan2nya, maklumla…HIDUP PADA MEMBERI”.. tambah Azwa lagi. “Tak kesian ke, tengok doktor2 yang sambut anak orang tapi di sendiri tak kahwin lagi, pasti nalurinya sangat menginginkan untuk menimang cahaya mata.”
“ Itu la sebenarnya menyebabkan ramai muslimah doctor fikir 100 kali nak ambil bidang O&G. Bukan mudah, itu semua bergantung pada kemampuan dia, siapa pasangannya, dan keluarga. Amanah itu bukan hanya mudah boleh dilafazkan sambil menundingkan kesalahan totally pada doktor2 muslimah yang tak ambil bidang O&G. Even bidang lain seperti Surgery, PCM, General Medicine perlukan juga doktor perempuan kerana bidang-bidang ini juga memerlukan pemeriksaan bahagian2 sulit.” Jelas Lin.
“Betul-betul. Saya setuju dengan awak. Yang penting sekarang ni kita meramaikan doctor Muslim terutamaya lelaki, coz diikutkan batch kita sahaja niisbahnya dalam 1:3, yang muslimya berapa kerat je. Dan muslim harapnya bukanlah sekadar nama, tapi praktikalnya” tambah Azwa.
“InsyaAllah, moga Allah kuatka kita dalam dakwah dan perjuangan Islam. Jom, pergi wad, kena cover wad ni. Esok ada wad round” ajak Lin.
“ok”jawab Lin.
Semoga artikel pendek ini dapat membuka minda semua pihak. Biar apa pun bidang yang diceburi, semoga dakwah Islam tetap berkembang. Islam tak memerlukan kita, tapi kita yang memerlukan Islam. Tanpa kita, Islam akan terus berkembang. Yang rugi hanya lah diri kita, hanya luput dek telan zaman bukan dikenang atas jasa dan pengorbanan menyebarkan Islam. Allah sentiasa melihat kita…TEPUK DADA TANYA IMAN.
~Peringatan untuk diriku jua~
No comments:
Post a Comment