
Dah lama tidak di'update' blog ni.. Iman dan amalan aku pun dah lama tak di 'update', mujur Allah masih sayang kepadaku, sentiasa mengetuk pintu hati ini agar lebih menjadi org yang lebih ber'akhlaq'.. Alhamdulillah
Posting obstetrics yang sungguh menguji ketahanan 'mental'. Biarpun aku xberapa kut namun, Allah mahu lalui jua.. hampir aku ter'diagnosed' "MINOR DEPRESSION SECONDARY TO OBSTETRICS POSTING"...(",) Inilah posting pertama yang aku 'banjir' 2 kai.. takpela, menunjukkan aku sebenarnya masih lemah dihadapanNya.. dan DIA jualah memberi segala hikmah utk aku teruskan perjuangan tahun akhir dan persediaan untuk menjadi doktor yang hebat ESQ( emotional, spiritual and quotion)... Teringat pula masa di Klang, aku bermula dengan kritikan membina daripada pensyarah(agak trauma sampai sekarang, bila jumpa jadi macam kaku,segan etc pula) dan diikuti dengan posting yang lecturernya baik2 dan suka memotivasikan student, yang akhirnya membuatkan aku terus bersemangat utk terus berjaya. Aku tidak mahu jatuh buat kali ketiga. Cukuplah 2kali dalam 'lubang' yang sama semasa 1st dan 2nd yr. Umat Islam itu tidak akan jatuh 'lubang yang sama' buat kedua kalinya!, tapi aku... Namun, aku sangat3 bersyukur kat Allah, jatuhnya aku ke dalam lubang yang sama, adalah utk menegur diriku dan seterusnya 'membentuk' diriku menjadi insan yang lebih baik...bukankah itu yang aku selalu minta dalam doa yang selalu aku panjatkan padanya?? (Alhamdulillah, Allah masih menyayangiku dan mengabulkan doaku...) Teringat lagi tatkala aku masih trauma 'supplement', bertubi2 org menghantarkan mesej tashji' buatku supaya tidak 'give up' dan teruskan berusaha.. Antara mesej2 yang menyentuh diriku:
"Bila kamu memandang Allah memberkan kesulitan, kesusahan, kesedihan hinggakan kamu berasa lemah, mana mungkin DIA memberiakn padamu, melainkan Dia tahu hatimu lebih lunak untuk berada dekat denganNya"
"Allah tidak memberi apa yang kita MINTA tapi,sebenarnya Allah memberi apa yang kita PERLU untuk menjadi hamba terbaik"
Sahabat2 seperjuangan group 10 jua yang memberi semangat untuk aku laluinya dengan tabah termasuklah Shyan Ling...partner long case exam(",)...amat mengharukan.
Minggu ni sahaja, exam berderet2... long case, written paper, CPC, Syariah... Ada leh jawab, ada yang main buat jer.. mmg padan muka la, mana taknya study last minute + study kat meja, tangan cepat jer buka laptop->internet->emel, Fb, etc.. pandang laptop lagi lama kot dari buku..(",).. so, study la pulak kat katil, confirm2 jadi studo...Aduh! Nafsu sungguh menebal lagi.. Astaghfirullah...
Ditambah pula dengan berita, ke'syahid'an Ammar, student tahun 3 perubatan mesir, pergi ke rahmatullah.. Innalillah wa inna ilaihi raji'un.. Biarpun aku langsung tidak mengenalinya, tapi aku yakin dia bukan calang2 org. Seorang yang merindukan syahid di jalanNya, dan matlamat hidupnya adalah akhirat! MasyaAllah, aku sangat kagum dengan arwah. Bondanya Ummu Ammar turut seorang yang tabah, keluarga yang memang dalam perjuanagn Islam.. Subhanallah! sangat hebat.. Ramai yang mengagumi perjuangan arwah.. ni blog arwah-> http://www.kalam-puncak.blogspot.com/
Semoga aku mengambil semangat insan yang hebat ini..
Azam baru lepas ni, WAJIB buat terbaik..kerana 'NYAWA MANUSIA' amanah Allah buatmu!
TAKBIR!!
No comments:
Post a Comment